Banyak yang kami telah ceritakan mengenai kitar semula. Tetapi lupa pula kami nak bagitahu manfaat atau kebaikkan kitar semula ini. Terdapat beberapa kepentingan kitar semula yang boleh kita perolehi . Antaranya ialah :
2. Memupuk sikap berjimat cermat . Sikap berjimat cermat mamberikan banyak faedahkepada pengamalnya . Kita boleh menabung atau mengurangkan penggunaan sesuatu sumber.
3. Menceriakan persekitaran alam sekitar . Melalui kaedah guna semula , kita boleh memanfaatkannya untuk menceriakan persekitaran kita . Contohnya kita boleh menggunakan botol ± botol yang terpakai untuk dijadikan pagar kawasan pokok bunga .
4. Mengurangkan penggunaan sumber . Melalui kitar semula kita boleh mengurangkanpenggunaan sumber kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yangbaru dengan menggunakan sumber yang sedia ada .
5. Menambah pendapatan kita . Melalui amalan jual beli , kita boleh menambahkan lagi pendapatan kita di samping memberikan peluang pekerjaan kepada sesetengah pihak . Ini boleh mengurangkan kadar pengangguran rakyat di Malaysia .
6. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
7. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
8. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.